//Leed lah!!
Bonjour Fellas!



Assalamualaikum & hello my fellow friends :) i'm leed and live at the beautiful peaceful world. want to know more about me? just visit my blog! i appreciate it! hee bye..

Navigate!

Diary About

Wanna Scream?




Credit Section!


Design made by : Leed


Hangout with Friends!




:69: Hi & assalamualaikum kawan-kawan di luar sana! dah lama leed tak update blog sejak 2 bulan lepas kan? sorry & please forgive me #ngada sekejap. hehe, leed pun bukan sebenarnya banyak idea sangat nak update blog dari semasa ke semasa. tak macam korang tu #siapa terasa? ini hanya sekadar berkongsi cerita dengan korang je. tapi kali ni SPECIAL sikit sebab leed bergambar bersama dengan kawan-kawan :) hehe. masa 3 Nov hari Sabtu, best friend leed WAHIDAH & ANIS sama-sama ajak gi hangout kat bandar. sebab yelah leed dengan kengkawan lain baru habis PMR tahun ni. so dapatlah hangout sekejap #tu pun tak boleh ke? leed dan diorang pun terus setuju :D sebelum tu minta izinlah mama & ayah tersayang tu kan. hoho, leed ni jenis tak kisah cuma perlu tahulah jaga batas pergaulan masing-masing. tak gitu? hehe. leed siap pepagi tu & then kumpul kat rumah wahidah. yang paling lambat anis ar #dia tu memang -,- haha. dalam pukul 11 lebih kitorang gerak naik kereta. mama wahidah yang bagi tumpangkan #terima kasih! dah sampai kat depan WETEX tu, mama wahidah turunkan & bagi nasihat sikit "hah, elok-elok, jangan nakal & ngada-ngada. kalau ada mamat nak ngorat, tak payah layan tau!" seorang ibu yang tegas #macam ibu leedlah, hehe. kitorang dah jalan-jalan kejap kat dalam wetex & then keluar balik. nak tahu sebab apa? ni haa, wahidah lapar! pagi tadi bukan nak sarapan pagi :P hoho, cakap orang. leed pun lapar sebab tak sarap masa tu. kitorang sarap kat tempat spesel sikit, kat KFC. leed & wahidah gi order food, anis lak cari tempat duduk kat atas. lama jugaklah nak order cause ramai orang :O kitorang order simple-simple je & tak banyak pun. kitorang pun dah amik pesanan terus menuju ke atas, makan! makan sambil borak, lepas tu ambil gambar untuk tanda kenang-kenangan :3 hehe



wahidah & anis, cute kan diorang?



leed dan anis. dua-dua comel!


kitorang gelak sakan bila ada orang buat lawak! haih, macam-macamlah kawan leed ni, haha. kitorang pun dah habis makan & then we continue our journey in wetex ;) kitorang gi atas, bawah, atas balik & next yang paling banyak beli barang, leedlah. hehe, leed kan suka beli belah #yeke? leed beli barang kat WATSON & lain-lain tempat, seperti di bawah ini.



antara barang yang leed beli masa hangout tu :]


adalah duit sikit kan? hihi. ramai jugaklah orang datang, tapi yang banyaknya geng-geng laki melepak. tak sudah diorang tu, kitorang buat dekk je. malas nak layan. malas layan bukan sebab kitorang benci, but not yet. belum bersedia pun lagi #jangan salah faham. ada terfikir nak karaoke kat atas tu, tapi mahal beb! sejam 25 hinggit #lol. boleh memang boleh, tapi masa & wang menceburi kita :( so we cancel it. lepas tu, kitorang gi kat GIFT CORNER. anis belikan hadiah untuk adik-adiknya, wahidah just beli barang kat watson je #macam leed. leed ada belanja diorang tau, belanja aiskrim Mc Donalds je #memang leed suka belanja orang. dalam pukul 3 lebih camtu, kitorang pun dah keluar dari wetex tu & balik. kitorang tunggu mama wahidah kat depan FRESCO. kitorang borak jap, tengok orang sambil ngumpat #tak baik betul, hehe ;D tak dalam masa tu, mama wahidah pun dah sampai & kitorang pun naik kereta. masing-masing muka dah penat kan? haha. kitorang actually dah biasalah sama-sama kat school. leed tak berapa rapat dengan bebudak kat kelas, cuma tak serasi kot #leed ni jenis tak ramai kawan, suka dok sorang-sorang. kitorang hangout sesama pun sebab nak release tension & kebetulan leed, wahidah & anis nak pindah school tau! tu yang hangout tu. tapi diorang dengan leed pun tak tahu lagi bila nak pindah. hehe, oklah sampai sini saja celoteh leed. sehingga berjumpa legi di waktu & hari yang tak tentu masanya. bye & Assalamualaikum..



gambar ni sangat special untuk korang! suka tak? hehe ;3











11.17.12